Saturday, August 15, 2009

FERTIGASI




Perkataan fertigasi berasal daripada perkataan fertilization dan irrigation. Dalam fertigasi, proses pembajaan dan pengairan diberikan serentak kepada tanaman. Fertigasi tergolong dalam kumpulan hidroponik iaitu pengeluaran tanaman tanpa menggunakan tanah. Secara umumnya, hanya beberapa jenis tanaman sahaja yang sesuai ditanam menggunakan kaedah fertigasi, antaranya tomato, cili, timun, terung, melon dan strawberi.
Dengan menggunakan kaedah fertigasi, pengusaha boleh mengelakkan tanaman mereka daripada dijangkiti penyakit akar seperti Pythium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bakteria yang kebanyakannya dibawa oleh tanah. Selain daripada itu, tanaman tersebut dapat ditanam di mana sahaja asalkan cukup cahaya untuk tujuan fotosintesis dan mempunyai tempat untuk meletak polibeg.
Kaedah titisan yang digunakan dalam sistem fertigasi mampu membekalkan air dan larutan baja kepada tanaman dengan berkesan tanpa pembaziran. Air dan larutan baja diberikan secara berkala setiap hari. Larutan baja yang mengandungi segala nutrien untuk keperluan peringkat pokok diberikan terus ke akar tanaman.
Teknologi sistem fertigasi ini paling praktikal dibuat di bawah Struktur Pelindung Hujan (SPH) untuk mengelakkan tanaman yang ditanam tidak mudah dijangkiti oleh sebarang penyakit sama ada penyakit daun, pucuk dan buah yang disebabkan oleh percikan hujan. Selain daripada melindungi tanaman daripada jangkitan penyakit, SPH juga dapat mengelakkan larutan baja yang diberikan kepada pokok menjadi terlalu cair akibat air hujan dan mengakibatkan pertumbuhan pokok terjejas dan hasil merosot.

Anggaran kos cili fertigasi

Anggaran kos Cili Fertigasi

Anggaran kos tanaman cili fertigasi dan keperluan asas fertigasi bagi 1000pkk cili
1.polytank 400 gallon =RM450.00
2.pam 1hp =RM350.00
3.main pipe poly 32mmx100m =RM170.00
4.poly tubing 16mmx300m =RM120.00
5.dripper(bengkok)1000 =RM180.00
6.nipple 1000 =RM100.00
7.media cocopeat 70 bag =RM315.008.media sekam bakar 70 bag =RM245.00
9.polybag 15 x 15 x 40kg. =RM320.00
10.tong baja a/b x 2 =RM80.00
11.tubing 4 mm 9 roll x 80m =RM198.00
12.silver shine 0.035mm x 250m =RM150.00
13.fitting lump sum =RM250.00
14.timer digital 1 minit cutoff =RM60.00
15.tray semai anak benih 10kpg. =RM30.00
16.benih 10 gm. =RM30.00
17.baja a/b 1 set 50kg x 3 =RM1260.00
18.disk filter 1' =RM65.00JUMLAH DI ATAS SEMUA =RM4823.00
+ Kos luar jangka dan operation cost spt. racun, baja ulangan dll.
Penggunaan bagi 1000 pokok.Baja fertigasi ada 2 jenis yang diperlukan iaitu set A dan set B.Pakej siap lengkap' -set A 25KG dan satu beg set B 25KG -RM420.
Penyediaan campuran set A dan set B menyimpan air baja dalam satu tong 2700 liter (600 gelen).Bancuhan pati baja Set A akan dibancuh dalam satu tong air 100 liter dan bancuhan pati baja Set B akan dibancuh dalam satu lagi tong air 100 liter.100 liter pati baja Set A - RM210
100 liter pati baja Set B- RM210
Jumlah RM420
Bagi satu tangki air 2700 liter (600 gelen)- 6.75 liter A + 6.75 liter BBacaan EC 1.5 - 1.9 dan PH 6.9.Anggaran tempoh kegunaan tangki 600 gelen (2700liter) adalah 2.5 hari
Dalam 1 bulan pengisian sebanyak 11 kali
setiap pokok memerlukan 1 liter air baja setiap hari,maka bagi 1000 pokok kita memerlukan 1000 liter air baja setiap hari
kos baja Set A + baja Set B bagi tanaman 1000 pokok/30 hari = RM315

Berita cili


HMetro
Oleh ZULIATY ZULKIFFLI

ALOR STAR: Persatuan Pengguna Kedah (Cake) mencadangkan kerajaan mengimport cili merah dari Thailand jika harga cili yang kini mencapai RM21 sekilogram terus meningkat tinggi sehingga membebankan pengguna, terutama peniaga kedai makanan di negeri ini.
Presidennya, Datuk Yusoff Ismail, berkata beliau difahamkan, harga cili merah yang dijual di sekitar pasar basah di bandar raya ini meningkat sehingga mencecah RM21 sekilogram berbanding kelmarin iaitu RM15 sekilogram.
“Memang tak masuk akal dan peniaga memberi alasan faktor cuaca tidak menentu menyebabkan harga cili merah terpaksa dinaikkan, sedangkan sebelum ini tidak pula berlaku keadaan sebegini walaupun musim cuaca tidak menentu.
“Dalam keadaan kita berkempen untuk menurunkan harga barang sekarang ini, berlaku pula perkara seperti ini iaitu kenaikan harga bahan mentah yang tidak munasabah sehingga membebankan pengguna.
“Saya berharap masalah ini berjaya diatasi selain meminta peniaga tidak bermain harga pada waktu begini,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Harian Metro kelmarin melaporkan, harga cili merah di bandar raya ini meningkat sehingga mencecah RM15 sekilogram dari harga asal RM9 sekilogram berbanding hanya RM6 sekilogram bulan lalu.Yusoff berkata, beliau akan meminta kerajaan mengimport cili merah dari negara jiran yang lebih murah jika harga cili merah terus meningkat dari semasa ke semasa.Katanya, jika berlaku kemasukan cili merah dari Thailand, beliau percaya ia akan memberi saingan harga terhadap peniaga untuk menjual cili merah pada harga lebih murah dan setanding dengan cili dari negara jiran itu.“Kita tengok apa akan berlaku dan jika harga ini masih tidak berubah, kita buat apa yang termampu,” katanya.Yusoff berkata, beliau bertemu kira-kira 20 pemborong di negeri ini Rabu lalu dan berbincang untuk menurunkan harga barang pada waktu ini.“Mereka bersetuju dan kesannya dapat dilihat sekarang, harga banyak barangan diturunkan menyebabkan saya berpuas hati dengan tindakan pemborong bagi mengelak pengguna menanggung beban.“Kita juga akan mengadakan perbincangan dengan peniaga, penternak dan pengilang dalam tempoh terdekat untuk memastikan kempen penurunan harga barang berjalan lancar,” katanya.Yusoff berkata, beliau bersama pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah akan turun padang bagi membuat pemantauan berterusan.
Monday, August 10, 2009