Tuesday, August 18, 2009

EM

Membuat Microorganisama effektif

1.Pengenalan

Mikroorganisma effektif (EM) tidak mengandungi mikrob yang khusus.Ia merupakan campuran
mikroorganisma yang terpilih yang berupa memberi pelbagai faedah.Semua mikrob ini boleh didapati dalam alam semula jadi.Ia berkebolehan melupus bahan organik dan seterusnya mengeluar bahan larutan yang berfaedah seperti asid amino,gula,alkohol,hormon dan sebatian.

2.Kaedah membuat mikro-organisma effektif

Nisbah
1.Gula merah : 1
2.Sisa makanan(contoh sisa sayur,kulit buah) : 3
3.Air tanpa klorin : 10

a)Campur gula merah dengan air dan diikuti sisa makanan dalam bekas tertutup
b)Tinggal 1/3 ruang dalam bekas untuk fermentasi
c)membuka penutup bekas setiap hari bagi pengluaran gas
d)mengacau bahan bahan terapung
e)Cecair EM boleh diguna selepas 3 bulan


3.Kawalan kualiti EM

i)PH : dibawah 3.5
ii)Bau : Masam harum(tidak boleh diguna jika berbau busuk)


4.Kegunaan EM

a)Dalam rumah
-Mengurangkan bau busuk dapur dan comot dalam dapur dan bilik mandi
-membantu menghalau serangga
-membasuh lantai

b)Pertanian
-Mengurangka penggunaan bahan kimia yang berlebihan
-memelihara ladang bebas dari penyakit dan serangga
-sebagai baja untuk tanaman
-memulih tanah yang bermasalah
-tahi haiwan yang dirawat dengan Em akan mengurangkan bau dan meningkatkan kualiti baja kompos

c)Longkang dan sungai
-membersihkan longkang/sungai supaya tidak berbau busuk



PENYEDIAAN EMAS

Larutan emas yang diaktifkan(EMAS)

1)Campurkan EM 1 (1 liter) bersama Molases(gula merah) (1 Liter/1kg) dengan 18 Liter air tanpa klorin.
2)Biarkan 5 - 10 hari didalam bekas kedap udara(elakkan sinaran matahari terus
3)sukat PH EM dinawah bacaan 3.7 atau lebih rendah
4)EM EMAS sedia digunakan.(simpan di tempat sejuk dan gelap.


Penyimpanan
-elakkan simpan di tempat panas atau bergoyang
-Untuk hasil terbaik,guna serta merta atau dalam masa 14 hari selepas dibuka
-Lepaskan gas yang terhasil dalam bekas setiap haridan ketatkan semula.Gas akan bekurangan pada minggu ke 2
-Gunakan air tanpa klorin untuk aplikasi anda.
-Bau masam masam manis
-Jangan berjimat dan simpan terlalu lama,gunakan untuk tandas sinki dan sebagainya.
-Jika berbau busuk,jangan gunakan.Buang terus ke dalam longkang.